Kes pegawai Jakim dikurung

Kes pegawai Jakim dikurung oleh syarikat penyembelihan Global Abattoir (M) Sdn Bhd (GA) pada 16 Mac 2010. Ketua esekutifnya adalah Ho Wee Chan menurut laman Persekutuan persatuan-persatuan penternak ayam.[1] Premis itu terletak di di Lot PT No. 1769, Kawasan MIEL Pedas Halal Park, 71400 Rembau, Negeri Sembilan . 12 pegawai penguatkuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Putrajaya dan pegawai dari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan wakil media dikurung selama tiga jam dari 5.30 petang hingga 8.00 malam. Pegawai tersebut menyerbu premis itu selepas menerima laporan pegawai Jakim Pulau Pinang berlaku penyembelihan ayam yang meragukan di pasar raya besar di Pulau Pinang12 pegawai dari dua agensi penguatkuasaan terkurung apabila pagar premis dikunci. Turut terperangkap ialah tiga wartawan dan dua jurukamera yang membuat liputan. Selepas polis datang dan mengadakan rundingan, barulah mereka keluar.Seorang wartawan berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan polis. 10 anggota polis dari Ibupejabat Balai Polis Daerah Rembau kemudian membebaskan kesemua yang terperangkap. Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM, Mohd Amri Abdullah turut 'terkurung' akibat tindakan berang lelaki Cina 40an itu.Wartawan TV3, Shamsul Liani Abbas mendapat maklumat bahawa pasukan JAKIM telah menyerbu sebuah pasar raya di Pulau Pinang yang menjual ayam yang mempunyai sijil halal JAKIM tetapi sembelihannya diragui.[2]Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kesal dengan kejadian itu dan laporan polis hendaklah dibuat agar tindakan tegas terhadap jenayah itu dapat diambil.Mengurung secara paksa adalah salah, hanya mahkamah sahaja yang berhak memberi arahan seumpama itu dan ia menjadi lebih besar kerana penguatkuasa terbabit dikurung ketika sedang menjalankan tugas.[3]